AKTIVITI SEMASA : TAKLIMAT PENGKATALOGAN KEPADA BAHAGIAN PEROLEHAN

Taklimat ini telah diadakan pada 11 April 2013 dan dihadiri seramai 12 orang staf Bahagian Perolehan. Tujuan taklimat ini diadakan ialah bagi memantapkan kefahaman staf dalam proses pengkatalogan dan memastikan segala permasalahan kerja dapat diselesaikan. Taklimat pengkatalogan disampaikan oleh Puan Noraini Mohd Noor, Encik Mohamad Rashid Jantan dan Encik Ahmad Abu Bakar. 


Puan Noraini Mohd Noor, Encik Mohamad Rashid Jantan dan Encik Ahmad Abu Bakar sedang memberikan taklimat pengkatalogan.


Seramai 12 orang staf Bahagian Perolehan mengikuti taklimat pengkatalogan di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM.


Taklimat kepada staf Bahagian Perolehan diadakan pada pukul 10.30 pagi hingga 12.45 tengah hari.