Arahan Penempatan Bahagian - Jan. 2014

Berdasarkan surat arahan penempatan di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 2 Januari 2014, dua orang staf iaitu Encik Thaqif Mohd Isa dan Puan Rohana bt. Hashim, iaitu Pembantu Perpustakaan Bahagian Pengindeksan dan Bibliografi telah bertukar ke Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat dan Cawangan Kampus Industri Pentadbiran mulai 2 Januari 2014. Puan F. Haslinda bt. Harun, Pembantu Perpustakaan dari Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua staf tersebut pada tarikh yang sama.

Arahan Penempatan 2 Januari 2014

Arahan Penempatan Bahagian - Dis. 2013

Berdasarkan surat arahan penempatan di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 20 Disember 2013, seorang staf iaitu Encik Azman bin Hj. Ayup, iaitu Ketua Bahagian Pengindeksan dan Bibliografi telah bertukar ke Bahagian Pentadbiran mulai 23 Disember 2013. Tempat beliau digantikan oleh Encik Arman bin Mohammad yang bertukar daripada Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat.

Arahan Penempatan 23 Disember 2013

Arahan Penempatan Bahagian - Okt. 2013

Berdasarkan surat arahan penempatan di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 30 September 2013, seorang staf iaitu Encik Abdul Halim bin Abdul Mokte telah ditempatkan semula di Bahagian Pengindeksan daripada Bahagian Rujukan mulai 1 Oktober 2013. Beliau menggantikan Encik Muaat Muji yang bertukar ke Jabatan Pentadbiran Am pada tarikh yang sama.

Arahan Penempatan 01 Oktober 2013

Arahan Penempatan Bahagian - Nov. 2012

Berdasarkan surat arahan penempatan di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 30 Oktober 2012, dua orang staf iaitu Puan Fauziah Hassan telah ditempatkan di Jabatan Pentadbiran Am manakala Encik Harulrizam Mohamed@Ghazali berpindah ke Bahagian Sirkulasi dan Media mulai 1 November 2012. Encik Mahadir Che Ali pula bertukar dari Bahagian Sirkulasi dan Media ke Bahagian Pengindeksan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Arahan Penempatan 30 Oktober 2012, Arahan Penempatan 30 Oktober 2012a

Arahan Penempatan Bahagian - Ogos 2012

Berdasarkan surat arahan penempatan di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 1 Ogos 2012, seorang staf iaitu Encik Muaat Muji telah ditempatkan di Bahagian Pengindeksan, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Sumber Ilmu mulai 1 Ogos 2012. Beliau menggantikan Encik Abdul Halim bin Abdul Mokte yang bertukar ke Jabatan Pentadbiran Am.

Arahan Penempatan 1 Ogos 2012

Arahan Penempatan Unit - Mac 2012

Berdasarkan surat arahan penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 1 Mac 2012, seorang staf iaitu Puan Nurul Akmar Mehat telah ditempatkan di Unit Automasi, Jabatan Pentadbiran Am mulai tarikh 1 Mac 2012.

Arahan Penempatan 1 Mac 2012

Arahan Penempatan Unit - Februari 2012

Berdasarkan surat arahan penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 17 Februari 2012, seorang staf iaitu Puan Mez Zelina Yusof yang dipinjamkan mulai 2 Disember 2012 telah ditempatkan di Unit Rujukan mulai tarikh 17 Februari 2012.

Arahan Penempatan 17 Februari 2012

Arahan Penempatan Unit - Disember 2011

Berdasarkan surat arahan penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 10 November 2011, seorang staf iaitu Puan Mez Zelina Yusof telah ditempatkan di Unit Pengindeksan mulai 2 Disember 2011.

Arahan Penempatan 10 November 2011

Arahan Penukaran Penempatan Unit - Ogos 2011

Berdasarkan surat arahan pertukaran penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 4, 5 dan 11 Ogos 2011, beberapa pertukaran staf yang melibatkan Unit Pentadbiran, Unit Perolehan Buku, Unit Perolehan Jurnal, Unit Hadiah dan Pertukaran, Unit Automasi, Unit Rujukan dan Unit Sirkulasi telah dilaksanakan secara berperingkat iaitu pada 8 Ogos 2011 dan 15 Ogos 2011. Bagi Unit Pengindeksan, adalah seperti berikut:

Arahan Pertukaran 15/08/2011, Surat 1, Arahan Pertukaran 15/08/2011, Surat 2, Arahan Pertukaran 15/08/2011, Surat 3

Arahan Penukaran Penempatan Unit - Mac 2011

Berdasarkan surat arahan pertukaran penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 14 Mac 2011, beberapa pertukaran staf yang melibatkan Unit Pentadbiran, Unit Perolehan Buku, Unit Perolehan Jurnal, Unit Hadiah dan Pertukaran, Unit Automasi, Unit Rujukan dan Unit Sirkulasi telah dilaksanakan pada 14 Mac 2011. Bagi Unit Pengindeksan, adalah seperti berikut:

Arahan Pertukaran 14/03/2011

No. Cutter Kertas Peperiksaan

Nombor-nombor Cutter bagi Kertas Peperiksaan UTeM ialah LB2367.M4 diikuti seperti berikut:

Fakulti Sem. 1 Sem. 2
FKP .U54 .U55
FTMK .U56 .U57
FKE .U58 .U59
FKEKK .U60 .U61
FKM .U62 .U63
FPTT .U64 .U65
PBPI .U66 .U67

Arahan Penukaran Penempatan Unit

Berdasarkan surat arahan pertukaran penempatan unit di Perpustakaan Kampus Induk UTeM bertarikh 19 September 2009, beberapa pertukaran staf yang melibatkan Unit Perolehan Buku, Unit Pengindeksan dan Unit Rujukan akan dilaksanakan pada 1 Oktober 2009. Bagi Unit Pengindeksan, adalah seperti berikut:

Arahan Pertukaran 19/09/2009